Jalan-jalan, Cuti-cuti dan Makan-makan, Tempat Menarik , Makan Best!!

Tempat menarik di Johor Bahru : Pantai Lido

Tempat menarik di Johor Bahru : Pantai Lido

Tempat menarik di Johor Bahru ini iaitu Pantai Lido yang  juga hampir dengan Legoland Malaysia (30 minit via Lebuhraya Pesisir Pantai) ini pada dahulunya merupakan pantai yang namanya seharum nama Pantai Desaru atau Pantai Tanjung Bungah di Pulau Pinang.

Pantai ini pada awal tahun 1980-an merupakan pantai yang menjadi tempat peranginan pelancong-pelancong yang datang ke Johor Bahru . Bagi mereka yang ingin ke Singapura atau bandaraya Johor Bahru pastinya takkan miss tempat yang menarik di Johor Bahru ni.

Pantainya dengan ombak yang tenang serta airnya yang bersih menjadikan ia pantai yang sesuai untuk bermandi-manda yang agak terkenal pada masa itu. Pada masa itu kalau Pulau Pinang terkenal dengan Pantai Tanjung Bungah nya, Johor Bahru juga tak kurang “famous” nyer dengan Pantai Lido.

Tambahan lagi ianya juga terletak berhampiran dengan istana Bukit Serene yang terletak hanya kira-kira 1km dari pantai ini. Pada masa itu Bukit Serene ialah tempat bersemayamnya DYMM Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.

Pantai Lido ini juga kini dikenali sebagai Danga Bay amat famous… Baca lagi di sini….

0 thoughts on “Tempat menarik di Johor Bahru : Pantai Lido

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: