Jalan-jalan, Cuti-cuti dan Makan-makan, Tempat Menarik , Makan Best!!

Tempat menarik di Cameron Highlands :Ladang Teh dan kafe di Habu, Ringlet, Cameron Highlands

Boh Cafe Tea Shop Ringlet Cameron Highlands
Dalam kedai ni la souvenir di jual

Menjelang tengahari kami dah mula berasa lapar walaupun baru ajer sarapan di Berinchang pukul sembilan tadi. Kami tak sarapan di hotel sebaliknya bersarapan di kedai makan di luar . Mungkin sebabnya cuaca di sini sejuk , jadi perut ni cepat berasa lapar.

Kata orang cepat rasa lapar ni disebabkan badan kita membakar lebih banyak kalori kerana nak memanaskan badan pada suhu alam sekitar yang sejuk ni. Tak taulah teori ni dah dibuktikan dengan kajian saintifik mana tah…tapi kalau difikirkan kat cameron ni memang banyak berjalan dan mengeluarkan tenagala sebab makan angin la kan…cuma yang bestnya kita tak terasa penat sebab dengan cuaca yang sejuk korang tak berpeluh-peluh . Biasanya kat tanah rendah bila berpeluh-peluh tu kita kekurangan air dan badan cepat rasa lesu..
Jadi, selesai mengisi perut driver Kru J2c2 pun memandu ke Ringlet iaitu salah satu daripada ladang Boh juga. Buat pengetahuan orang terdapat dua ladang Boh sebenarnya di Cameron ni, iaitu satu di Sungai Palas dan satu lagi kat Ringlet.


Ladang Boh Sungai Palas ni yang paling besar, cafenya dihiasai dgn perabot dan hiasan moden dan yang tak bestnya bila cuti sekolah,…pehhh korang nak makan minum kat sini pun payah oiiiii…kesian kalau bawak anak-anak kecik . Sebabnya lenguh kaki diorang berdiri nak tunggu turn pelanggan-pelanggan lain beredar dari kerusi .


Kat cafe Ringlet ni kerana tak begitu ramai yang tau kewujudan kafe Boh Ringlet, suasananya amat tenang dan tiada hiruk pikuk orang ramai, tak macam Boh kat Sungai Palas. Kafe lebih kecil iaitu 1/3 daripada panjang kafe di Sg Palas tapi di sini anda dapat pesan makanan dan “scone” yang umphhh! tu tanpa perlu beratur dan bersesak-sesak.

Cameron Highlands Boh Tea Farm n Tea Shop Habu Ringlet
Menapak naik ke kafe Boh Ringlet, Cameron Highlands


Masa beratur kt Sg Palas tu risau jugak bila dah beratrur panjang-panjang dan lama sampai ketar lutu, tiba-tiba “scone” habis….”Scone” tu wajib korang nikmati bila ke BOH cafe Cameron Highland… 😀 Di sini kat Boh cafe Ringlet la la la la…


Kat sini kita orang dapat personal service lagi daripada staf-staf kafe Boh ni, layanan mesra di kafe tanah tinggi ehemmm..


Kita berbalik pada suasana hiasan kat kafe Boh Ringlet ni. Hiasan kat sini modes jer…tapi tetapi menampilkan ciri ciri kafe yang klasik dengan meja-meja dan kerusi kerusi kafe yang diperbuat daripada stainless steel. Tapi sejuk. Dan kafe ni juga berbumbung tetapi tiada dinding tertutup dengan tingkap kaca macam kat Sungai Palas. Jadi korang standby lah dengan baju panas ye. Kalau anak-anak kecil tu lebih baik korang pakaikan baju panas dengan “hood” sekali ye.


Kafe Ringlet ni terletak di puncak gunung ( bukan bukit ye sebab Cameron Highlands ni sebenarnya tanah datar yang ditemui kat atas gunung-ganang banjaran Titiwangsa Malaysia ni ) Jadi dari masa ke masa angin sejuk bertiup agak kuat, boleh biru muka dibuatnya, telinga pun boleh kebas terutamanya anak-anak kecil yang baru berumur 4-5 tahun ni.

So, ringkasan tips ke kafe Boh Ringlet ni
Tips J2C2 :-

  1. Anak-anak kecil korang sila pakaikan baju panas atau jaket dengan hud ( tutup kepala )
  2. Air panas akan jadi sejuk dlm masa 5 minit sahaja, jadi jangan order semua sekaligus
  3. Pemandangan sini lebih cantik berbanding pemandangan kat Sungai Palas, hehe, bawak kamera SLR/DSLR kalau ada, korang mesti nak zoom banyak kali
  4. Jalan ke sini agak lebih mencabar bila memandu sendiri, bengkang bengkok menyusuri kontur bukit/gunung jadi bunyikan hon di selekoh-selekoh utk keselamatan dan amaran, jangan tunjuk lagak, berhati hati dan utamakan keselamatan keluarga dan pemandu lain
    5.Sediakan duit tunai yang cukup, takde ATM kat atas ni, ada kedai souvenir / cenderamata kat atas ni. Yang suka shopping tu jangan nyesal duit tak cukup…hehhee…

Untuk menikmati pengalaman kami dan Krew J2c2 ke Cameron Highlands jangan lupa isikan email untuk follow..adioss amigoesss…

One thought on “Tempat menarik di Cameron Highlands :Ladang Teh dan kafe di Habu, Ringlet, Cameron Highlands

  1. Naraharya

    Ada berbagai macam pilihan liburan seru ke jogja bareng Naraharya Trans Wisata. Kami menyediakan < Sila Berhubung Dgn Admin Utk bayaran Pengiklanan>. Semua paket yang kami tawarkan semuanya kami banderol dengan harga termurah dengan layanan terbaik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: