Jalan-jalan, Cuti-cuti dan Makan-makan, Tempat Menarik , Makan Best!!

Sambungan : Tempat Makan Best di Kedah : Restoran Nasi Kandar Yasmeen

Tempat Makan Best di Kedah : Restoran Nasi Kandar Yasmeen, Jitra

 

Ok, restoran nasi kandar Yasmeen kat Jitra ni, kita sambung lagi. Admin postkan foto ni  buat jamu-jamu mata korang ahhh…  😀 . Kalau korang nak tengok posting admin berkaitan nasi kandar Yasmeen yg lepas, boleh ke link yg lepas kat sini http://jalan2cuti2.com/tempat-makan-best-di-kedah-restoran-nasi-kandar-yasmeen-jitra/

 

Foto atas : 3 kuah penyedap utama iaitu kuah campur-campur  yg wajib ada, kalau nak dinamakan nasi kandar ( kalau tak dak pun tak berdosa no…, cuma tak sedap jer..ahakss ..  🙂 ) Nak tau apa 3 kuah misteri tu apa? Cuba korang agak sendiri.. tak pun mai la singgah ke sini kalau ke Kedah, Jitra ni pun tak jauh dari Alor Star….

Tempat Makan Best di Kedah : Restoran Nasi Kandar Yasmeen, Jitra

Foto atas : Ayam goreng yang rangup a.k.a ” crispy ” , yang juga wajib dimakan bersama nasi kandaq Yasmeen yang harum wangi , dan yang sedapnya , ia juga diadun dengan rempah ratus masalla menjadikan admin dan Krew J2C2 agak puas  menelan air liur  sendiri masa  tunggu giliran ( queu ) memesan nasi kandar ni…pehhh…kena lah pulak ayam goreng yang baru digoreng ni tiba dari “kitchen” dalam keadaan panas dan berwap, menjolok-jolok deria bau hidung…aduss..berbunyi-bunyi perut …nak tunggu “turn” amik  nasi kandaq ni…

Tempat Makan Best di Kedah : Restoran Nasi Kandar Yasmeen, Jitra

Foto atas : Sayur – mayur bendi, timun, kacang panjang dah habis, peria pun dah habis , memang tak cukup tangan nak memotong sayur bila pelanggan-pelanggan menyerbu tempagt ni…

 

Sekarang macam mana nak pergi ke Restoran Yasmeen ni, kita tengok kat mana restoran ni terletak:-
Alamat restoran ni ialah di No. 21 Jalan Kepala Batas | Bandar Darul Aman Jaya, Jitra 0600 Kedah. Tak susah nak ke sini sebab terletak di tepi jalan sahaja.

Nak lagi detail?,  mai tengok peta Google( Google map ) kat bawah ( hampa tau guna Google Map tak, kalau tak reti hampa guna Waze, senang jer, Waze  Ok di bawah ya :

Nak Pergi Ke Restoran Yasmeen Dari Highway Utara – Selatan ( hala utara )

Korang yang pandu kereta hala ke utara, yakni yg datang dari K.L/ Selatan, masuk ikut exit tol Jitra (U) dan lepas bayaq tol, ikut arah ke bandar Alor Star ( jalan dalam ),  jalan ni memang jalan utama (kod 1 JKR – ke Alor Star) dan restoran  ni juga terletak kat tepi jalan utama.

Nak Pergi Ke Restoran Yasmeen Dari Highway Utara – Selatan ( hala selatan)

Pun sama juga arahnya macam kat atas, lepas korang keluar ikut tol Jitra(u) hala ke Selatan / K.L

Kita akan bersambung lagi pada post next post..tunggu…adios amgioes!! 🙂

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *