Jalan-jalan, Cuti-cuti dan Makan-makan, Tempat Menarik , Makan Best!!

Big Red Strawberry Farm

Big Red Strawberry Farm, Brinchang

Lagi tempat menarik kat Cameron Highland ni ialah Big Red Strawberry Farm ataupun Taman Agro, masuk percuma dan boleh petik strawberry sendiri. Lokasi di Brinchang. Salah satu di antara ladang strawberry di Cameron Highlands ni

Tempat Menarik Cameron Highlands Big Red Strawberry Farm, BrinchangYang menarik untuk budak-budak kat sini : kereta mainan muzikal berbayar. Untuk para ibu bapa yang nak petik strawberry bolehlah letakkan anak-anak kat sini, tapi awas, kena ada orang dewasa yang jaga . Contohnya bibik ataupu anak yang dewasa dan boleh dipercayai menjaga adik-adiknya.

Tempat Menarik Cameron Highlands Big Red Strawberry Farm, BrinchangSalad warna purple merah yang selalunya kita jumpa kat Cold Storage ataupun makan kat hotel-hotel (salad cocktail).

Tips jalan-jalan,cuti-cuti : kita orang datang sini bulan Jun, malangnya strawberry dah lepas musim masak, jadi melepaslah. Jadi buat anda semua, datanglah awal tahun lebih kurang Januari sampai Mac, tapi telefon management sini dulu la..jangan kecewa pulak arr..

Kalau tak dapat beli strawberry segar, belilah jem, strawberyy float, atau souvenir strawberry atau haper-haper je lah untuk mengubat kedukacitaan tu!

Apa-pe pun nasihat penulis : petik strawberry sendiri memang best dan meninggalkan kenangan bila bercuti kat Cameron Highlands ni..ya πŸ™‚

0 thoughts on “Big Red Strawberry Farm

    1. danial1 Post author

      Cameron tempat menarik..paling best dpt petik strawberry masak bulan Jan-Mac–kalau x ke sini bulan tu..tengok jer laa starwberry yang hijau tu ..ahakkss..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: