Jalan-jalan, Cuti-cuti dan Makan-makan, Tempat Menarik , Makan Best!!

Air Papan Chalet – Sri Mersing Resort Video Jalan-jalan dalam area chalet

Air Papan Chalet – Sri Mersing Resort Video Jalan-jalan dalam area chalet


Air Papan dan chalet yang terdapat di sini sering mendapat kunjungan terutamanya pada hujung minggu atau hari kelepasan am macam hari kebangsaan, hol almarhum, dan lain-lain lagi. Tempat yang menarik ini terletak lebih kurang 12km dari bandar Mersing dan sering dikunjungi oleh penduduk-penduduk dari negeri Johor. Tak kurang juga pengunjung-pengunjung dari Singapura yang datang menginap di chalet-chalet Air Papan sekitar  tempat ni .

Kalau engkorang nak tahu di mana  terletaknya Mersing ni, iaitu tak berpa jauh dari bandar Mersing tu sendiri.  Lebih kurang dalam 25 minit memandu selaju 90km/j.

Pada kali ni krew J2cuti2 akan membawakan anda melihat-lihat salah satu chalet penginapan yang terdapat di Air Papan iaitu Sri Mersing Resort.

Sri Mersing Resort ni mempunyai kemudahan-kemudahan seperti chalet papan dan chalet batu. Mempunyai kemudahan seperti chalet kipas sahaja, chalet air-con, shower panas, kolam renang dewasa dan kanak-kanak(child pool/wading pool), BBQ, dewan makan(group / berkumpulan sahaja-dengan khidmat catering utk berkumpulan shj), kemudahan surau dan lain-lain lagi.

Untuk lebih jelas lagi mari sama-sama kita tonton video pendek berserta penerangan daripada hos J2C2 tentang chalet di Air Papan ni .:)

0 thoughts on “Air Papan Chalet – Sri Mersing Resort Video Jalan-jalan dalam area chalet

  1. WAHIDAH AHMAD

    saya anak jati mersing. walaupun rumah tak jauh (tinggal kat kg Tenglu je) dengan pantai air papan …tapi jarang berpeluang ke sana sebab “aku orang kampung, tiada apa-apa. hanya ada basikal tua je, sedih. Selepas 20 tahun meninggalkan mersing…wahh tak sangka , air papan berkembang pesat..macam-macam chalet ada. Inshaallah.. sya akan berkunjung and stay kat mana-mana resort di air papan as a tourist. Air papan tunggguuu,,aku datang lagi tapi bukan dengan basikal tua.

    1. danial1 Post author

      Ya betul tu, masa sy dth ke air papan dulu pun ada sebuah Chalet tengah dibina, pastinya skg ni dah siap dan terima pelanggan pun…

  2. Anonymous

    mmg lah cantik…………aku pun dah lama x pergi sana…tu hari ada sekali aku lalu nasib baik x sesat ….dah maju betul…..syabas org mersing….tp kebersihan kenalah jaga biar pengunjung berpuas hati….itukan budaya kita….

    1. danial1 Post author

      Air papan dan chalet nyer memang cantik-cantik, last pergi 2 tahun lepas rasanya dah bertambah chalet2 kat sana, tapi sayangnya kerajaan negeri kurang mempromosikan Air papan, harap2 dengan kepimpinan baru Johor, Dato’ Khalid Nordin pelancongan bertambah maju di sini.Amin

  3. mied

    as salam..mcm ner nk contact sri mersing resort..contact no yg display kt website sume xdpt dihubungi…reply to me ASAP…tq

    1. danial1 Post author

      Raanya no contact Sri Mersing Resort tu msh berfungsi, mgkin call pd masa yg mereka tak beroperasi, cuba try lagik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: