Jalan-jalan, Cuti-cuti dan Makan-makan, Tempat Menarik , Makan Best!!

Air Papan Chalet dengan No Telefon Terbaru

Assalamualaikum, penghargaan diucapkan kepada blogger  Syahlizan dan pengunjung J2C2 kerana telah membuat komen tentang no telefon terbaru Air papan chalet sebagaimana di bawah:-

07-7992993
013-7447070

Beliau juga menyatakan pernah ke sini 2 kali dan nasihatnya pada pengunjung semua: hati-hati jangan parking bawah pokok kelapa, nanti kemek kereta tu ya!

0 thoughts on “Air Papan Chalet dengan No Telefon Terbaru

  1. Si Bedol

    Ya lah … Kita jangan parking bawah pokok kelapa. Kita parking atas pokok kelapa.
    ALRIGHT.

  2. Kecewa Duka

    Adoooooooooooh. Semalam aku bertolak sebelum subuh ke Mersing untuk ke Tioman. Sampai di jeti Mersing, aku dimaklumkan tiada Feri untuk hari itu kerana cuaca buruk, angin kencang dan hujan lebat. Aku diminta datang keesokan hari sebelum jam 8.00 pagi oleh petugas di jeti kerana diyakini esok akan ada ferri bertolak ke Tioman. Dengan hampa dan penat aku pulang semula ke Johor Bahru.

    Hari ini, pagi-pagi sebelum subuh aku bertolak sekali lagi ke Mersing. Aku tiba sebelum jam 8.00 pagi dan berjaya membeli tiket ferry yang akan bertolak dalam beberapa minit lagi. Alangkah gembiranya aku dan beberapa keluargaku menanti saat yang telah lama dinanti.

    Tidak berapa lama, diumumkan perjalanan ferry dibatalkan kerana perairan ke jetti cetek akibat air surut. Luluh hatiku. Wang pebelian tiket dikembalikan. Buntu & sangat kecewa aku rasakan. Yang aku pelik kenapa semalam dimaklumkan akan ada ferry pada pagi ini. Sepatutnya keadaan pasang surut air boleh diramalkan. Hai … ikut suka hati mereka sahaja.

    Air Papan … ya ke Chalet Air Papan aku menuju bagi mengubat luka dan penat hatiku. Pastinya, aku tidak akan parking di bawah pokok kelapa.

    1. danial1 Post author

      Ala kesiannyer…ceritakan la pengalaman anda kat Air papan Chalet buat kita pendengar semua ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: